Tuesday, April 9, 2013

Novel . Untitle . Bab 9 :]


Setelah tamat kelas Prof Irwan , Iman mula menapak keluar dari dewan . Dia berjalan sendirian . Segala apa yang diterangkan Prof Irwan sekadar masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan . Dia tidak dapat fokus ! Ya , fikirannya menerawang ke tempat lain semasa Prof Irwan menyampaikan ilmu tadi . Entah apa yang difikirkannya pun dia tidak tahu . “Iman ! Iman ! Tunggu la aku!” terdengar satu jeritan menyeru namanya . Iman menoleh . “Yo ! Wazzup bro!” balas Iman kepada Afif . “Banyak lah kau punya wazzup ! Tadi baru jumpa !” jawab Afif . Iman tayang sengih kerang . Dia sememangnya senang dengan sikap Afif yang perangainya hanya Iman yang tahu . Ewahh , suka hati dia je . Ha ha ha . “Iman , kau buat apa tadi masa kelas Puan Hanisah ?” Afif memulakan bicara tika langkah kaki mereka menuju ke tasik universiti yang berdekatan . Mereka mula merapati satu bangku di kawasan itu . Pemandangannya cukup indah dan mendamaikan . Mereka duduk . “Tak ada apa-apa . Dah la , jangan tanya lagi soalan tu” kata Iman . Mereka kembali menyepi . Iman sedang ralit menyaksikan ikan-ikan di dalam tasik berenang dengan gembira di dalam air . Dia tersenyum . Tiba-tiba , ada seseorang menghulurkan ais krim di hadapan mukanya . Iman menyambut ais krim itu . “Thanks Afif , sejak bila kau pergi beli nie ?” tanya Iman. “Tadi . Kau tengah syok sangat berangan sebab tu tak sedar aku pergi beli ais krim ni” jawab Afif . “Eh , mana ada aku berangan !” marah Iman . “Elehh , ye la tu” sakat Afif . “Suka hati kau la !” Iman menarik muncung 4 depa . “Ololo , Cik Iman aku nie da merajuk ye ? Ololo” usik Afif lagi . Iman buat muka . “Alalala , sorry la Iman . Gurau je . Hehe” Suasana kembali sepi . “Anyway , mana kau tahu ais krim ni favourite aku ?” soal Iman memecah kesunyian . “Aku kan besties kau merangkap secret admirer kau” jawab Afif . “Hah ?! Apa dia ?” Iman membuntangkan mata . “Lek dulu Iman , aku gurau je lah !” Iman tersengih . Afif memang pantang disergah , cepat aje melatah . Padan muka , siapa suruh suka sangat sakat aku ? Hahaha . “Aku kan kawan baik kau . Dah 2 tahun kita kawan . Susah senang kita redah sama-sama . Semua habit , favourite and perangai kau aku tahu “ jawab Afif membetulkan jawapannya tadi . “Hmm , ambil berat jugak kau kat aku kan ? Ni buat aku sayang kau ni “ jawab Iman berseloroh sambil mencalitkan ais krim ke hidung Afif . Afif sempat mengelak dan dengan ini , perang ais krim bermula . “Hahaha , tengok muka kau ! Comot !” kata Iman . “Alahh , muka kau pun comot . Tengok baju aku , habis kotor ! Eee !” balas Afif lalu mencalitkan lagi sisa aiskrim ke muka Iman . “Afifff!!!” jerit Iman . “Hahaha , padan muka ! Kau yang start dulu kan ! Hahaha “ Iman mengesat mukanya dengan tisu yang sentiasa berada di dalam tas tangannya . “Eh , comot lagi la muka kau “ kata Afif . “Mana ? Ada lagi tak ?” tanya Iman sambil mengelap mukanya . “Kat sini la” kata Afif sambil tangannya membersihkan kotoran itu . Iman terkedu dan statik di tempatnya untuk beberapa saat . “Eh , sorry” pinta Afif . Sungguh dia tidak sengaja hendak melakukan begitu . Semuanya berlaku secara spontan . “Ehem , tkpe” jawab Iman yang tersipu malu . “Tapikan , kau nampak omel angatttt tadi” kata Afif meniru gaya Hairul Azreen , seorang pelakon yang diminati ramai . “Cehh ye ke ?” jawab Iman bangga . Mukanya kemerahan . “Thanks” ucapnya lagi . “Hahaha , aku gurau je la . Perasan !” balas Afif kembali . “Senget lah kau Fifff !” Iman mula menyinga . Afif sudah mula bergerak menjauhi  Iman kerana dia tahu kemarahan Iman akan meletus seperti gunung berapi lepas ni dan dia mungkin akan mendapat  ‘cubitan ketam’ daripada Iman yang sangat berbisa . “Hahahaha , bye Imanku sayang ! Aku balik dulu !” jerit Afif sambil ketawa . “Siaplah kau Afif !” balas Iman . Sisa tawa Afif masih kedengaran . Iman tidak mempedulikannya . Dia mengemas barang-barangnya dan bergerak meninggalkan tasik itu kerana waktu Maghrib sudah hampir tiba .

Novel . Untitle . Bab 8 :]


Langkah kaki Iman Rania berhayun laju menghentak lantai . Tergesa-gesa dia berjalan sehinggakan semua orang hendak dilanggarnya . Masalah apa lagi ? Oh , dia sudah lewat untuk ke kelas ! Sekali lagi Iman mencipta rekod lewat ke kelas . Sudah menjadi tabiatnya untuk hadir lewat ke kelas . “Ish , macam mana la aku boleh terlelap tadi ? Nasib baik la lepas ni masa Prof Irwan .” getus hati Iman . Sebenarnya dia hanya ingin melelapkan mata untuk beberapa minit saja tetapi entah macam mana boleh terbabas sampai 3 jam . “Zati pun satu , asal dia tak kejutkan aku tadi ? Ish !” getus hati Iman lagi . Salah sendiri tapi nak salahkan orang lain ? Itulah Iman Rania bt Zulhazami . Anak seorang usahawan terkenal di muka bumi Malaysia yang hartanya cukup untuk tujuh keturunan . Namun , berpura-pura sebagai orang sederhana na na na sahaja . Berpakaian pun ala biasa-biasa saja . Sungguh dia tidak suka menunjuk-nunjuk . Baginya , buat apa harta banyak kalau tak bahagia ? Ibunya sudah meninggal dunia manakala ayahnya pula sentiasa sibuk dengan kerjanya . Tambahan pula , ayahnya sekarang sedang mengenali seorang perempuan yang mungkin akan menjadi ibu tirinya . “Ahhhh “ fikiran Iman kusut memikirkan hal itu . Dia tidak suka jikalau tempat ibunya yang telah mencurahkan kasih sayang dan budi bakti kepadanya selama hampir 10 tahun digantikan dengan perempuan itu . “Hai Iman !” sapa seorang pelajar . Lamunannya terhenti . “Oh , hai !” jawab Iman tanpa memandang muka pelajar itu . Dia meluru laju masuk ke dalam Dewan .

Novel . Untitle . Bab 7 :]


"Aik , awalnya kau balik Iman ! Kata kelas habis pukul 10 pagi ?" soal Zati setelah melihat Iman bermalas-malasan di atas katil . "Ha ah . Mmg kelas habis pukul 10 pun . Tapi aku kena halau " jawab Iman . "Hah ? Kau kena halau ? Double what ?! Dengan Puan Hanisah ?" Zati terkejut . "Zu fefu . Yupp . Kena halau dgn Puan Hanisah si singa betina kelaparan." "Tapi kenapa?" Zati masih lagi tidak berpuas hati . Tadi semasa Iman pergi ke kelas , Zati dan kawan-kawannya yang lain telah keluar utk bersarapan pagi . "Sebab aku tak fokus katanya." jawab Iman . Bernada geram . "Laa , tak fokus knp pulak?" soal Zati lagi . Iman menayang-nayangkan surat yg diberi oleh Zahid tadi . Dahi Zati bercantum dua . Tidak mengerti  apa mksd Iman . "Apa maksud kau dgn surat ni?" tanya Zati . "Sebab surat ni la aku tak fokus." "Ermm , dari siapa surat tu?" "Ntah . Aku belum baca . Tak ada mood lepas kena halau dgn Puan Hanisah tadi . Zahid yg pass surat ni pada aku." terang Iman panjang lebar . "Ooh" jawab Zati mengerti . "Habistu bila kau nak baca surat tu ?" sambung Zati . "Tengokla nnt bila aku ada mood . Knp ? Kau nak tahu juga apa pengirimnya?" tanya Iman . Dia sudah faham benar dgn sikap Zati . "Hehehe" Zati tersengih .

Sunday, March 10, 2013

:'(

This ! Aku terjumpa nie and aku rasa patut share .


Kepala Dipenggal, Perut Terburai Antara Kekejaman Pengganas Sulu



Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya. 

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.



#Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka . Mereka mati syahid :') Sangat beruntung . Semoga Malaysia terus aman dan maju seperti sediakala . Let's raise our hand and pray for our country safety . Moga Allah terus lindungi kita . Aminnn . Takziah juga buat keluarga arwah-2 wira negara . Moga terus tabah ! And tentera Sulu , please stop buat perkara kejam nie . Kami rakyat Malaysia sangat berharap agar perkara ini cepat berakhir . 

Just sharing .

Assalamualaikum .
Before that , mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ust Rujhan b. Razali .
Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat (8/3/13) jam 1 tgh hari . Takziah buat keluarga arwah .
And tujuan aku buat post nie is just tp share some information and kata-2 yg mungkin boleh dijadikan pedoman buat kita .

“Kalau tak dapat apa yang kita suka
Sukalah apa yang kita dapat”
“Jangan sedih jika diri tidak dihargai,
Tapi menangislah jika diri tidak berharga lagi”

“Hidup ini terlalu singkat
Ia menjadi bertambah singkat
Bila kita banyak membuang masa”

“Hidup ini terlalu singkat
Malang jika kita penuhkan
Dengan sengketa dan airmata”

“Hidup tidak selalu indah
Kerana disitu terletak
Indahnya kehidupan”


actly kata-2 nie is from Ust Rujhan sendiri .

Sunday yang awesomeee :)

Olla , Assalamualaikum !
Ehehehe , I am sooo happy today !
Harini tak belajar pun . Rugi tau tak sape yg absent harini . Tersangat rugiii !
Sebab apa ? Sebabbbbbbb , harini ada ceramah from abg Airol Irwan .
K , dia sangat lah cool , awesome , sporting , mmg best ahh . Dia juga seorang yang kelakar . SANGAT kelakar actually . Hoho ^^
Dia bagi ceramah yg bertajuk 'Perisai Buat Puteri' .
K byk input and info yg kitorang , warga Semenza peroleh . Antaranya ttg cara-2 lelaki perosak nak kenakan mangsa dia . Mangsa dia ofcoz la women kan .
Yela , tak pernah lagi aku dgr mangsa rogol adalah lelaki . Lol .
Hmm , gitulahhhh . Banyak dia cerita and dia tunjuk demo . Sepanjang hari kitorang hanya mampu gelak , gelak and gelak . Yelaaa , dia kelakar tahap asdfghjkl kott ! Hahaha .
And I think la kan , dia punya trademark is  'Tipu Dosa Mati Seksa' . Haha , tu je la kott ayat yg perlu dia tuturkan utk buat pelajar-2 nih mengaku .
Hihi , so funny and soo comel ! Eh ? hahahaha .
Pelajar skool aku pon , aku rasa diorang sgt sporting eventhough kena ngaku diorang panggil apa kat pakwe diorang . Ada yg panggil 'sayang , bie , baby , darling and paling penting dan unik ialah ibu' . Lol , nama panggilan yang sangat cool bagi aku . Yelaaa , selalunya kan org panggil papa , mama . Tapi lain dgn kes senior aku nie . Pakwe dia panggil dia IBU . Hahahaha . Mmg ye la aku gelak kan ?
And then , he showed us some video yg agak sedih . Ada jugak video pasal dia and dlm video tu ada FAHRIN AHMAD ! Can you guys imagine macammana the girls respond ? The girls were screaming like crazy masa tgk video tu and idk why . Hihihi . Dia jugak ada cerita pasal seorang gadis yg termengandungkan anak pakwe dye . Then , bila dia dah beranak , dia kerat anak tu then dia BLEND ! SubhanAllah ! Korang boleh byg tak macam mana dia buat semua tu ? Mungkin first tanggapan korang terhadap perempuan tu adalah KEJAM . Mmg dye kejam sbb sanggup bunuh ank sendiri tetapi persoalannya , siapa yg mendorong benda mcm tu berlaku ? Ofcoz la lelaki tu kan ! So korang , better korang kawal diri korang elok-2 . Lagi-2 perempuan . Kalau ye pun nk couple , ada batas-2 nya . And then dia ada buat demo ttg cara lelaki buat sentuhan pertama . Okay time nie dia gunakan adik dia utk jadi perempuan . Adik dia lelaki , so terpaksalah ditukarkan namanya kepada  AMINAH . Lol , mmg aku ketawa mcm org gila lah . Bising satu laman info dgn gelak kitorang .
Hahaha , banyak la dia nasihat pasal lelaki-2 nie . Sangat bagus dan sangat berguna . Tq abg Airol Irwan for sudi bagi ceramah kat kami . Kami sangat appreciate semua tu ! Andandand , CONGRATS for your wedding ! Wahhh , tadi baru berura-ura nak propose . Alih-2 mama cakap abg da kahwin . Hihihi , just joking ! Nway , ceramah tadi mmg best la . SANGAT BEST ! Rasa macam nak dengar lagi je ceramah tu . And abg Airol , I will always remember this formula : CINTA + SERAH = GOODBYE BYE BYE .





Abg Airol is the one on the right side . Yg kiri tu Fahrin Ahmad k . Abaikan yg tgh tu . K jahat :b


So this is En Airol Irwan b. Limin . Tengok muka dia , ada iras Aaron Aziz tak ? Hihihi ^^



Gotta buy this book ! Perlu ! 

Saturday, February 23, 2013

Gila .


Hello , Assalamualaikum :)
Woaahhhh , blog aku da bersawang da rupenye . Cehh , mcm bangge je . Haha . Gila aku . Pagi-2 da merapu tak tentu pasal .Weyh , ngigau ke nie ? Puihhh .
Hahaha , actly aku laparr la . Anyone , please give me food ! I'm starving ! Cehh , macam la setahun tak makan . Kerek betul . Haha .
*dengar lagu Hindustan*
Korang , dgr tak aku tgh dengar lagu ape skrg nie ? Hahaha , bongok . K aku tgh dengar hindustan skrg nie . So ? K saja nak cakap my new hobby tuuuu . Cehh , kerek ah . Haha , aku tak tahu la knp dgn aku nie . Dari tadi duk ulang lagu hindustan yang sama . Penyakit ape ntah -.- Buang tebiat nak mati kut ? Ish , ke situ pulak aku fikir . Hmm tau takot ! Haha .
Cerita pasal mati nie , hmmm , cuak pulak aku . Yela , amalan aku da cukup ke nak masuk syurga ? Mana la tau bila timbang-2 nnt amalan jahat lagi byk ke ? Hmm , mohon Tuhan jauhkan . Aku takuttttt ! Ya Allah , ampunilah segala dosaku , dosa kedua ibu bapa ku , dosa ahli-2 keluargaku , dosa umat Islam di muka bumi ini . AminYaRabbalAlAmin .
Hmmmmmmmmmm , tak pasal cuak kejap . Tkpe , mmg kita kena selalu igt mati kan ? Mana la tahu lps ni tiba-2 innalillah ke , 10 minit lagi ke , esok ke , lusa ke , siapa tahu ? Allah je tahu .  Jadi , kenalah selalu ingat Allah . Jangan duk lalai ingat benda lain . Nnt solat tah kemana , belajar tah kemana .
Hmm . Hmm . Hmm . Back to the topic . Actly aku tgh memberontak nie ! Cehh , korang kesah ke ? Yelaa , duk rumah org . MENUMPANG . Siapa kata best ? Eh Sarah , rumah mk bapak kau tu bkn kau menumpang jugak ke ? Cettt , tu rumah mk bapak aku , lain laa . Ni rumah org lain . Rumah mak sedare aku . Nak buat apa pun susah . Rasa macam nak mengamuk je . Dah la kena share bilik . Biasa la kan kena share bilik ? Nama pun menumpang . Kau jgn nak buat mcm rumah sendiri Sarah ! Erghh , nie la yg buat aku rasa macam asdfghjkl . Nak buat apa pun payah , nak marah kat tuan rumah kan nnt kata tak sedar diri pulak . Hmm , saboo je la . Kadang tu ada jugak aku mengeluh . Tapi nak buat acane ? Doh nasib kan . Redoo je la . hahaha . Perlu ke aku cite sume nie ? Yupp , perlu sangat sebab cik hati nie da tk boleh nk tampung segala rasa nie . K terimakasih cik hati sbb bagi kerjasama . And now skrg nie semua da terluah . Puas dah cik hati ? TAK . Tak puas lagi . Okay , bilik da macam tempat tikus mondok beranak . Okay . Teruknya . Okay sebenarnya tkde la mcm tu . Aku org perempuan , takkan bilik sepah sampai mcm tu skali ? IMPOSSIBLE ! Boleh gila aku kalau bilik aku , eh bilik sepupu aku nie mcm tempat tikus mondok beranak . Seriously . *menguap*
Okey aku ngantuk .
Cehh , kerek betul . Aduiiii , aku sakit kaki laaa . Nie semua angkara merentas desa la nie . Habis sakit segala tulang-belulang aku . Ini prove org yg jarang berjoging . *buat peace sambil tayang muka comel* K comel sangat  -____- Haha . Andandand , nombor bertuah aku pada hari tu adalah .. Jeng jeng jeng : E554 . Haa , bertuah kan ? K bertuah sangat . Sebab tu la aku menang dlm merentas desa nie . Menanggung kekalahan . Okay . Hahahaha . Haa awak ! Cuba teka berapa km kitorang warga ZS kena lari ? Kalau betul , kita kasi coklat . Cett , gedik aku . Haha , kami lari 5 KM tau ! 5 KM ! Bukan 500 M ! Percaya tak ? Jauh kott . Karang ada jugak yang lari tak balik-2 . Bak kata Syakilla yg menunjukkan betapa jauhnya kitorang kena lari . Hahahaha . Bongok , nasib semua selamat balik . Tapi ada jugak yg pancit tgh jalan . Yg paling aku frust bila kena lalu ikut jalan lembu . Ya Allah , jalan dia teruk nak mati . Dengan tahi lembunya bersepah , da la busuk . Nasib baik budak yg pakai baju Cam tak kena kejar je dgn lembu tuu . K mmg tkleh byg la kalau ada yg betul2 kena kejar . Haha , mahu aku gelak tak igt dunia kott . Cikgu Zawawi pulak , tak habis-2 duk ulang-alik naik motor dia tu . Da la tak kasi org tumpang . Fish betul -.- Haha , mahu aku kena kutuk satu sekolah sebab membonceng dgn Cg Zawawi ! Lol , I can't imagine kalau benda tu betul terjadi . Silap hari bulan masuk surat khabar 'Cg Sekolah Merempit Bersama Anak Murid' . Haihh , mintak simpang ! HAHA . And Alhamdulillah , my face doesn't look like keling . Hihi , jahat aku . I mean , muka aku tak ada la berbelang . Cehh , aku taktau nk terang mcm mana . Uolss paham sendiri la yek ? Ehem , karang ada jugak yg dicop gedik nie .
Klaaaaaaa , tu je kot nak story . Nak sambung buat homework yg terbengkalai ni . Nie la contoh murid buat kerja last minute . hahahaha . Buat last minute pun , siap tau ! Jangan pandang aku takde mata ! Lols , k ah bye . Sayonara ~

Tuesday, January 29, 2013

Bicara Hati .

Haluuuuu , Assalamualaikum :*
Terima kasih sudi visit blog saya :)
Haa , da baca novel yg aku buat ? Blom siap lagi . Baru sampai bab 6 .
Hewhew , tau tak best kan ?
Tkpela , saja nak cuba .
hehehe . tadi petang ada latihan sukan kat skolah .
Kena buat lompat jauh ; lontar peluru and lari .
Okay , masa lompat jauh tu aku lompat mcm katak :b lol . Aku actly tak reti lompat jauh . Org-2 yg ringan and berkaki panjang je layak buat benda nie . Hihi .
And guys nak tau tak , masa aku lari tu , aku tak rasa penat langsung . Pelik bin ajaib kan ? Selalunya kalau aku lari , mesti semput tak cukup nafas tp harini tak jd mcm tu . Haha .

~w e i r d o ~

Hahaha . Masa nk solat Zohor , kitorang solat in class . Disebabkan kelas tak berapa nak bersih , aku ngan Syabira solat atas kerusi . Punya la bijak kami nie . Habis aku heret kerusi kwn2 aku utk solat . Hewhew , sangat unik kan ;)
Yelaa , aku ngaku . Dulu masa first time jumpa pelajar 1G 2012 , diorang semua tak awesome . Lol , sebenarnya awesome je tp masatu malu nk tunjukkan 'keawesome-man' kami . Hahaha .And noww , classmates aku semuanya AWESOME ! Betul la kata org , tak kenal maka tak cinta . Ecehhh . 
Hahahaha . 

Novel . Untitle . Bab 6 :]


"pss , Iman !" bisik seorang pelajar kelasnya . Iman bingung , siapakah yg memanggilnya itu ? "Pss , Iman ! Sini la . Ni aku , Zahid!" kata Zahid selepas menyedari Iman tidak dpt mengesan arah suaranya . "Erkk , ada apa?" jawab Iman perlahan . Takut didengari Puan Hanisah . Puan Hanisah paling tidak gemar apabila pelajarnya bercakap ketika di dalam kelasnya . "Ni , ada orang kasi surat ni kpd kau" balas Zahid . Dahi Iman berkerut . "Siapa?" soal Iman . "Nahh , kau ambil la surat ni , nnt kau akan tahu siapa yg bagi ." jawab Zahid . "Nahh ," "Okay , terima kasih" ucap Iman . Hati Iman mula tertanya-tanya siapakah si pengirim warkah misteri ini ? Otaknya mula menerawang ke tempat lain . "Iman , silakan jawab soalan ini" arah Puan Hanisah . Iman kelam-kabut . "Err , err , apa puan ?" soal Iman . "Aikk , saya tanya kamu , kamu tanya saya balik?" jawab Puan Hanisah geram . "Fikiran kamu ke mana ketika saya beri penerangan tadi ?" tengking Puan Hanisah . "Err , err" Iman hilang kata-kata . "Sudah , kamu keluar dari kelas saya skrg juga ! Saya paling pantang apabila saya sdg memberi penerangan ttp pelajarnya sdg membuat perkara lain" bebel Puan Hanisah . Iman ketap bibir . Afif cuba menolong ttp dia tak berdaya lalu dia hanya melihat sahaja Iman berlalu ke luar kelas . Mukanya kelat dan hanya memandang lantai . Mungkin geram dan kesal . Pelajar lain mula berbisik sesama sendiri . Itulah padahnya kalau tidak menumpukan perhatian semasa kelas Puan Hanisah , si 'singa betina kelaparan' . Gelaran itu mmg sudah wujud sejak Iman dan Afif pertama kali menjejakkan kaki di U itu . Puan Hanisah kembali menyambung penerangan . Semua pelajar fokus . Tidak berani utk bercakap .

Novel . Untitle. Bab 5 :]


"Kriinggg ! Kriiinggg ! Kriingggg ! " bunyi jam loceng milik Iman . "Ahh , bingitnya telinga aku ! Nak tidur pun tak boleh !" kata Iman seraya mematikan jam locengnya . Iman bangun sambil menenyeh matanya . "Ish , Puan Hanisah ni , knp la perlu buat kelas hujung-hujung minggu mcm ni ?" bebel Iman . Seperti biasa , Iman ialah salah seorang pelajar yg kurang rajin . Tetapi hairan , dia sering mendapat markah yg memuaskan setiap kali exam . Itulah kelebihan Iman . Walaupun perwatakannya agak kasar dan nakal tetapi dlm diam ada seorang jejaka yg menaruh hati padanya . Iman tidaklah cantik mana ttp disebabkan mulutnya yg agak kepoh dan suka bertanya , ramai yg menyenanginya .
"Hmm , Iman , Iman . Mesti bangun lambat lagi ni kan ?" serkap Afif . Iman tersengih . "Macam mana la kau nak jadi bini org nanti." kata Afif . "Amboi , yg kau terlebih risau ni kenapa ? Aku yg nak jadi bini , bukan kau" balas Iman . "Yela , aku cuma cakap je . Mana la tau aku yg jadi suami kau . Haihh , masak aku nk kejutkan kau setiap pagi." jawab Afif . "Alahh , perasan . Aku taknak pun jadi isteri kau" bidas Iman . "Ajal maut , jodoh pertemuan , semua di tangan Tuhan . Kau apa tahu ?" kata Afif sambil mengenyitkan mata . Hati Iman berdebar . "Ahh , boleh pulak dia main mata . Boleh cair aku mcm ni " kata hati kecil Iman . Sungguh benar , Afif mempunyai rupa paras yg menarik tetapi hanya Iman seorang yg menjadi teman rapat Afif . Entah mcm mana mereka berkenalan . Mungkin kebetulan . Ya , kebetulan . "Eh , jom la masuk kelas" ajak Iman apabila ternampak Puan Hanisah datang .

Novel . Untitle . Bab 4 :]


"Kak , nasi goreng kampung dua ! " laung Iman kpd mkcik kantin . "Ish kau ni , tak ada adab langsung" tegur Afif . "Alaa , kau ni banyak complain laa" " Bukannya aku complain , cuma tak elok kau buat mcm tu . Kau tu kan perempuan" balas Afif . "Hmmm , baiklah Encik Afif , nanti saya berubah" balas Iman dgn muka bosan . "Haa , macam tu la kawan aku . Eh , tadi apa hal si Nazmi senior jumpa kau ? Ada hal apa ?" soal Afif . "Tak ada apa-apa" Kemudian dtg seorang kakak menghantar pesanan Iman . "Ni dik , makanan dh sampai . Selamat menjamu selera." kata si makcik kantin . "Terima kasih kak !" balas Iman . "Sama-sama" "Fif , jom makan !" ajak Iman . "Okay" . Mereka mkn dgn penuh selera . Hati Iman sebenarnya tidak keruan . Masakan tidak , si Nazmi senior minta maaf dgn dia ? Huh , simpang malaikat 44 ! Mengingau agaknya lelaki itu .
"Dasar perempuan senget . Ada ke patut dia cakap mcm tu dgn aku ? Sia-sia je aku pergi minta maaf . Tak pasal aku dapat malu . Erghhh ! " keluh Nazmi kesal . Tetapi hatinya tidak dapat menahan rasa gembira tatkala mendapat tahu nama gadis itu . Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman . "Iman Rania" sebutnya . "Hah , Iman Rania apanya ? Masalah Dina pun tak selesai lagi" terdengar suara Khaleef yg entah dari mana munculnya . "Ish kau nie . Sibuk aje . Dina tu dh jadi masa lampau aku . Aku tak ada masa la nak layan perempuan terhegeh-hegeh macam dia . Dulu , masa aku nak kat dia , punya la jual mahal !" balas Nazmi . "Alahhh , tu dulu , tapi skrg dia dah tak jual mahal . Dia jual murah dah . Siap kasi discount lagi." jawab Khaleef berloyar buruk . "Banyak lah kau punya discount !" kata Nazmi sambil membaling bantal ke arah Khaleef . "Aduh , bertuah punya kawan ! Woi , kau nk pergi mana?" soal Khaleef sebal . "Aku nak mandi la kambing ! Kau tu pun , pergi la mandi . Bau dh mcm anak tenuk dh tu !" laung Nazmi dari jauh . Khaleef menjelirkan lidahnya . Nazmi membalas . "Haihh , bertuah aku dapat kawan macam kau Nazmi" bisik hati kecil Khaleef .

Novel . Untitle . Bab 3


'Opocot mak kau jatuh tergolek !' latah Iman . "Woi Fif ! Lain kali bg la salam dulu . Nasib baik kau kawan aku , kalau tak mmg dh lama aku karate !" "Hehehehe , relaks ah Iman . Kau mcm tak kenal aku cmne je . Kita kan ttm" balas Afif seraya tersengih seperti kerang busuk . "Ttm apa nya ?!" kata Iman geram . "Teman tapi mesra la" jawab Afif lalu menjongketkan keningnya . "Teman tapi mesra tengkorak kau ! Semalam punya la moody . Tp harini , gembira smcm jerr . Kau nie dh knp ? Kena sampuk ?" " Hahaha , kau nie , kesitu pulak fikirannya . Aku saja je la . Eh , kau dh makan ? Aku lapar ni ." tanya Afif . "Belum , aku pun lapar ni . Pagi tadi aku bgn lewat , tk sempat nk breakfast" "Hmm , kau ni . Tak habis-habis dgn habit lama . Asyik bgn lmbt jer . Kau buat apa malam-malam?" "Aku busy la Fif , Puan Hanisah tu haa , kasi assignment yg perlu disiapkan dlm masa 2 hari . Mmg bersengkang mata la aku smlm ." jawab Iman . "Ooh , patutla . Eh dahla , jom mkn ! Aku belanja" "Oraitt , jom !" ajak Iman gembira . Dia sudah berura-ura mahu meninggalkan dewan ."Eh eh awak ! Tunggu sekejap !" panggil seorang pelajar lelaki . Iman berpaling . "Ahh , mamat ni lagi" bisik hati kecil Iman . "Ya ? Ada apa ?" soal Iman acuh tak acuh . "Err , saya minta maaf pasal smlm . Saya tiada niat pun nk maki awk dpn org ramai ." jawab Nazmi . "Okay , saya maafkan" balas Iman malas . "Dah tak ada apa-apa kan ? Saya pergi dulu." sambung Iman . "Eh awak , err..err.." lelaki itu gagap . "Ada apa lagi ?" "Err , nama awk siapa ?" "Hmm , Iman . Iman Rania." jawab Iman . "Oohh , Iman Rania . Sedap nama tu . Nama saya Nazmi." "Ooh , saya  tak tanya pun." balas Iman . Lelaki itu terkedu . "Cis , kurang asam punya minah!" kata hati Nazmi . "Ehehe , takpela . Itu je saya nak cakap. Saya pergi dulu ya." pamit Nazmi . "Hmm , yelaa" balas Iman . Dia kembali mengorak langkah menuju ke arah Afif .

Monday, January 28, 2013

Novel . Untitle . Bab 2 :]


"Ahhhh , bengangnya ! Bengangnya ! Bengangnyaaaaaa !" jerit Iman . "Yg kau nie knp Iman ? Kena sampuk hantu ke ? Dari tadi duk menjerit bagai org gila !" tegur Zati , dormmate Iman . "Wey Zati , kau bengang tk kalau tetibe ada org marah kau sbb kau tk sengaja langgar dia then dia mula la nak membebel . Bajet mcm dia tu bagus sgt ! Kau sakit hati tak?!" soal Iman . "Hmm , mestila aku bengang ! Ye la , bukannya sengaja pun nk langgar dia . Lagi2 kalau dia bebel kat kita dpn org ramai ." "Haa , macam tu la yang aku rasa ! Si Nazmi senior tu ha , dia la yg aku terlanggar kat kantin td . Alaa , sikit je . Bukannya cedera parah pun ! Setakat buku bertaburan atas lantai . Tu pun buku aku yg jatuh." balas Iman geram . "Nazmi senior ?! Kau langgar dia ? Ya Allah , betul ke ? Bukan ke dia tu baik ke ? Ramai perempuan kat kolej ni minat kat dia ." jawab Zati . "Baik kau kata perangai macam tu ? Pigirahhh !" kata Iman sambil mengeluh geram  . "Eh dahla , lupakan pasal mamat tu . Pergi mandi , macam bau kambing dh kau nie !" jawab Zati ."Ewahh , suka hati je kau samakan aku dgn kambing ! Sampai hati !" "hehehe , aku gurau je la Iman !" "Papejelah , aku nak mandi nie , byebye!" balas Iman sambil menyanyi kecil menuju ke tandas .

"Agaknya siapa eh nama dia?" soal hati kecil Nazmi . Muka gadis itu sering kali menerpa ke dalam ingatannya . "Ahhh , buat serabut kepala otak je aku fikir pasal minah senget tu! Baik aku tidur , lagi bagus ." bisik hati Nazmi lagi . Lalu dia meletakkan kepala di atas bantal . Kedengaran dengkuran halus yg dibuat oleh Nazmi . Sungguh dia penat pada hari itu . Bukannya sengaja dia ingin memarahi si perempuan senget itu . Itu semua gara-gara  Dina yang mematikan moodnya ptg tadi .

Novel . Untitle . Bab 1 :]


'Fif , Fif , Fif ! Woi Fif ! Kau ni dh knp dari tadi duk termenung je ? Dah jenuh aku panggil tapi kau buat derk jer . Kau nie knp hah ?' soal Iman Rania . Bengang . 'Hahh ? Ape , ape ?' balas Afif terpinga-pinga . 'Aku tanya , kau ni dh knp termenung ? Hampir tercabut ank tekak aku jerit nama kau . Apa yg kau menungkan ha ? Igt kat Lydia la tu kann ? Hahahaha' usik Iman . 'Ish kau nie , mengarut la . Tak pasal Lydia yang kena.' 'Hmm , yelaa , Lydia tu kan dh gila bayang kat kau . Maklomla , kau kan 'hotstuff' ! Hahahaha !!' Iman berkata sambil menjongket kening . 'Ahh kau nie , mengarut je la . Tu la kau , kalau sehari tak loyar buruk tak sah !' 'hehehe , yelaa Cik Afif oii . Yang kau nie , dari td lagi monyok ape kes ? Nk kata period tak logik pulak . Hihihi' balas Iman seraya tersengih . 'Hmm , tkde apa-apa pun sebenarnya . Aku cuma runsing fikirkan gadis tu' jawab Afif Zikri . 'Amboiiiiii , dah pandai runsingkan anak dara org yee ? hahaha , rupanya kau ada perasaan , igtkan tkde ' 'Eh , mestila aku ada perasaan , kau igt aku ni robot ke apa ?' soal Afif geram . 'Yelaaa , mmg student kat sini gelar kau robot pun kan? Hahahaha' jawab Iman sambil ketawa lepas . 'Erghhh , dh la ! Malas aku layan kau Iman !' Afif bgn dh terus beredar dari situ . 'Eh , tunggulah ! Fif , relaks la , aku gurau je ! Fif , tunggu la aku !' 'BUKKK' 'Adoii , sakitnya ! Wey , kau ni buta ke ? Jalan punya la luas tkkn la still nk langgar aku ?' bentak seorang pelajar lelaki . 'Errr , maaf bang . Saya tak sengaja . Sorry2 !' 'Ahhh , sorry naik lori la ! Suka hati je langgar aku . Siap panggil aku abang lagi. Kau nie mmg kelam-kabut kan ! Tau la nk kejar pakwe tp masa jalan tu guna la mata , jgn guna kepala lutut !' bebel pelajar lelaki itu . 'Ahhh mamat nie ! Bukannya aku sengaja pun langgar dia . Igt bagus sgt la tu ? Tk pasal2 aku jd perhatian kat tgh kantin ni' bisik hati kecil Iman . 'Sekali lagi saya minta maaf . Saya betul2 tak sngaja' balas Iman . 'Lantak kau la ! Lain kali jln tu pakai mata!' kata pelajar lelaki itu sambil menjengkilkan matanya . Iman hanya mampu tunduk memandang lantai .

New look ! O.o

Hello , Assalamualaikum readers :)
Haa , cntk tk my blog ? CAKAP CANTIK ! Kalau tak ,,
Hahaha , jk .
Eh , eh eh . Blog aku da bersawang kan ? Yes , I know . Tp nak buat cmne kan , tgnku ini terlalu malas utk mengupdatekannya . Bz katanyaaaa ! Lol , haha .
Tgn tkleh ngomong k . Nway , what's up guys ? Sihat ? Kalau sihat , ucap Alhamdulillah . Kalau sakit , semoga cepat sembuh :) Hihihi ^^
And yeahh , lupa nak cakap , SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ! Jom kita selawat banyak-2 . Ikut sunnah baginda dan contohi baginda .
Cerita pasal maulidur Rasul nie , td skola aku ada buat ceramah . Penceramah tu clumsy gila , macam aku . Hewhew . Dia cerita pasal Baginda Rasulullah S.A.W . Baginda merupakan kekasih Allah . Baginda merupakan org yg paling berpengaruh didunia . Oleh itu , ikutilah jejak langkah beliau :)
Baginda merupakan hamba yg hebat yg telah dijanjikan syurga . namun begitu , Rasulullah masih lagi beribadat sehinggakan kaki baginda bengkak . MasyaAllah ! Betapa mulianya diri Rasulullah :')
And korang , klau nak dapat syafaat di akhirat kelak , PERBANYAKKANLAH BERSELAWAT ke atas baginda .
Hmm , korang .. Actly , aku nie teringin sangat nak tulis NOVEL ! Ye laa , asyik bace yg org punya je :3 Hehe , InsyaAllah kalau ada free time aku akn post cerita bab by bab . Then , korang komen la ehh ? hihi .
That's all la kott kali nie . Sorry if ada terkasar bahasa :)
Kbhaiii , Assalamualaikum :*

p/s : Ignore post sebelom nie yg guna BROKEN ENGLISH . Hihi , peaceee !

Sunday, January 13, 2013

School :]

Olla! Assalamualaikum readers ;)
Soooo sorry sbb dh lama tk update blog .
I'm toooo busy . The teachers are so cruel . They gave me soooo many homework like zzzz -,-
And now , all of my hw have completed! Yeayyy!  Alhamdulillah .
Well , this week is the third week in January . How fast the time past :O
Hmmm , and you guys know what , i was selected to be the CLASS MONITOR !
Can anyone believe that? Idk why is everyone in my class vote for me to be the class monitor .
But it's okay . I'll try my best . And yeahhh , this is my first time being a class monitor and it's a little bit awkward for me . Zzzzz -_-
And guys! If you want to know , my english teacher's voice is like Dumbledore . Woahh , can you imagine that? Every Sunday , Monday and Tuesday I will learn with Dumbledore! Lol , Dumbledore in a girl version :b Hihi.
Hmmm , all of my teachers are kind funny . I love them very much except cg h**! a.k.a Rajagopal . Lol , can you see how evil i am? In front of the teachers i act like i am a gooooood girl but behind them? Only Allah knows . Haha and this kind of person are called a hypocrite person . Ahhh , noooo! I am not a hypocrite person .
Hmmm , whatever.
I think that's all for now . Gtg! Bye2 and Assalamualaikum :)
#takecareyawwguys!  <3