Setelah tamat kelas Prof Irwan , Iman mula menapak keluar dari dewan . Dia
berjalan sendirian . Segala apa yang diterangkan Prof Irwan sekadar masuk
telinga kiri dan keluar telinga kanan . Dia tidak dapat fokus ! Ya , fikirannya
menerawang ke tempat lain semasa Prof Irwan menyampaikan ilmu tadi . Entah apa
yang difikirkannya pun dia tidak tahu . “Iman ! Iman ! Tunggu la aku!”
terdengar satu jeritan menyeru namanya . Iman menoleh . “Yo ! Wazzup bro!”
balas Iman kepada Afif . “Banyak lah kau punya wazzup ! Tadi baru jumpa !”
jawab Afif . Iman tayang sengih kerang . Dia sememangnya senang dengan sikap
Afif yang perangainya hanya Iman yang tahu . Ewahh , suka hati dia je . Ha ha
ha . “Iman , kau buat apa tadi masa kelas Puan Hanisah ?” Afif memulakan bicara
tika langkah kaki mereka menuju ke tasik universiti yang berdekatan . Mereka
mula merapati satu bangku di kawasan itu . Pemandangannya cukup indah dan
mendamaikan . Mereka duduk . “Tak ada apa-apa . Dah la , jangan tanya lagi
soalan tu” kata Iman . Mereka kembali menyepi . Iman sedang ralit menyaksikan
ikan-ikan di dalam tasik berenang dengan gembira di dalam air . Dia tersenyum .
Tiba-tiba , ada seseorang menghulurkan ais krim di hadapan mukanya . Iman
menyambut ais krim itu . “Thanks Afif , sejak bila kau pergi beli nie ?” tanya
Iman. “Tadi . Kau tengah syok sangat berangan sebab tu tak sedar aku pergi beli
ais krim ni” jawab Afif . “Eh , mana ada aku berangan !” marah Iman . “Elehh ,
ye la tu” sakat Afif . “Suka hati kau la !” Iman menarik muncung 4 depa . “Ololo
, Cik Iman aku nie da merajuk ye ? Ololo” usik Afif lagi . Iman buat muka . “Alalala
, sorry la Iman . Gurau je . Hehe” Suasana kembali sepi . “Anyway , mana kau
tahu ais krim ni favourite aku ?” soal Iman memecah kesunyian . “Aku kan
besties kau merangkap secret admirer kau” jawab Afif . “Hah ?! Apa dia ?” Iman
membuntangkan mata . “Lek dulu Iman , aku gurau je lah !” Iman tersengih . Afif
memang pantang disergah , cepat aje melatah . Padan muka , siapa suruh suka
sangat sakat aku ? Hahaha . “Aku kan kawan baik kau . Dah 2 tahun kita kawan . Susah
senang kita redah sama-sama . Semua habit , favourite and perangai kau aku tahu
“ jawab Afif membetulkan jawapannya tadi . “Hmm , ambil berat jugak kau kat aku
kan ? Ni buat aku sayang kau ni “ jawab Iman berseloroh sambil mencalitkan ais
krim ke hidung Afif . Afif sempat mengelak dan dengan ini , perang ais krim
bermula . “Hahaha , tengok muka kau ! Comot !” kata Iman . “Alahh , muka kau
pun comot . Tengok baju aku , habis kotor ! Eee !” balas Afif lalu mencalitkan
lagi sisa aiskrim ke muka Iman . “Afifff!!!” jerit Iman . “Hahaha , padan muka
! Kau yang start dulu kan ! Hahaha “ Iman mengesat mukanya dengan tisu yang
sentiasa berada di dalam tas tangannya . “Eh , comot lagi la muka kau “ kata
Afif . “Mana ? Ada lagi tak ?” tanya Iman sambil mengelap mukanya . “Kat sini
la” kata Afif sambil tangannya membersihkan kotoran itu . Iman terkedu dan
statik di tempatnya untuk beberapa saat . “Eh , sorry” pinta Afif . Sungguh dia
tidak sengaja hendak melakukan begitu . Semuanya berlaku secara spontan . “Ehem
, tkpe” jawab Iman yang tersipu malu . “Tapikan , kau nampak omel angatttt tadi”
kata Afif meniru gaya Hairul Azreen , seorang pelakon yang diminati ramai . “Cehh
ye ke ?” jawab Iman bangga . Mukanya kemerahan . “Thanks” ucapnya lagi . “Hahaha
, aku gurau je la . Perasan !” balas Afif kembali . “Senget lah kau Fifff !”
Iman mula menyinga . Afif sudah mula bergerak menjauhi Iman kerana dia tahu kemarahan Iman akan
meletus seperti gunung berapi lepas ni dan dia mungkin akan mendapat ‘cubitan ketam’ daripada Iman yang sangat
berbisa . “Hahahaha , bye Imanku sayang ! Aku balik dulu !” jerit Afif sambil
ketawa . “Siaplah kau Afif !” balas Iman . Sisa tawa Afif masih kedengaran .
Iman tidak mempedulikannya . Dia mengemas barang-barangnya dan bergerak
meninggalkan tasik itu kerana waktu Maghrib sudah hampir tiba .
No comments:
Post a Comment