Tuesday, January 29, 2013

Novel . Untitle . Bab 6 :]


"pss , Iman !" bisik seorang pelajar kelasnya . Iman bingung , siapakah yg memanggilnya itu ? "Pss , Iman ! Sini la . Ni aku , Zahid!" kata Zahid selepas menyedari Iman tidak dpt mengesan arah suaranya . "Erkk , ada apa?" jawab Iman perlahan . Takut didengari Puan Hanisah . Puan Hanisah paling tidak gemar apabila pelajarnya bercakap ketika di dalam kelasnya . "Ni , ada orang kasi surat ni kpd kau" balas Zahid . Dahi Iman berkerut . "Siapa?" soal Iman . "Nahh , kau ambil la surat ni , nnt kau akan tahu siapa yg bagi ." jawab Zahid . "Nahh ," "Okay , terima kasih" ucap Iman . Hati Iman mula tertanya-tanya siapakah si pengirim warkah misteri ini ? Otaknya mula menerawang ke tempat lain . "Iman , silakan jawab soalan ini" arah Puan Hanisah . Iman kelam-kabut . "Err , err , apa puan ?" soal Iman . "Aikk , saya tanya kamu , kamu tanya saya balik?" jawab Puan Hanisah geram . "Fikiran kamu ke mana ketika saya beri penerangan tadi ?" tengking Puan Hanisah . "Err , err" Iman hilang kata-kata . "Sudah , kamu keluar dari kelas saya skrg juga ! Saya paling pantang apabila saya sdg memberi penerangan ttp pelajarnya sdg membuat perkara lain" bebel Puan Hanisah . Iman ketap bibir . Afif cuba menolong ttp dia tak berdaya lalu dia hanya melihat sahaja Iman berlalu ke luar kelas . Mukanya kelat dan hanya memandang lantai . Mungkin geram dan kesal . Pelajar lain mula berbisik sesama sendiri . Itulah padahnya kalau tidak menumpukan perhatian semasa kelas Puan Hanisah , si 'singa betina kelaparan' . Gelaran itu mmg sudah wujud sejak Iman dan Afif pertama kali menjejakkan kaki di U itu . Puan Hanisah kembali menyambung penerangan . Semua pelajar fokus . Tidak berani utk bercakap .

No comments:

Post a Comment