Sunday, March 10, 2013

:'(

This ! Aku terjumpa nie and aku rasa patut share .


Kepala Dipenggal, Perut Terburai Antara Kekejaman Pengganas Sulu



Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya. 

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.



#Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka . Mereka mati syahid :') Sangat beruntung . Semoga Malaysia terus aman dan maju seperti sediakala . Let's raise our hand and pray for our country safety . Moga Allah terus lindungi kita . Aminnn . Takziah juga buat keluarga arwah-2 wira negara . Moga terus tabah ! And tentera Sulu , please stop buat perkara kejam nie . Kami rakyat Malaysia sangat berharap agar perkara ini cepat berakhir . 

Just sharing .

Assalamualaikum .
Before that , mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ust Rujhan b. Razali .
Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat (8/3/13) jam 1 tgh hari . Takziah buat keluarga arwah .
And tujuan aku buat post nie is just tp share some information and kata-2 yg mungkin boleh dijadikan pedoman buat kita .

“Kalau tak dapat apa yang kita suka
Sukalah apa yang kita dapat”
“Jangan sedih jika diri tidak dihargai,
Tapi menangislah jika diri tidak berharga lagi”

“Hidup ini terlalu singkat
Ia menjadi bertambah singkat
Bila kita banyak membuang masa”

“Hidup ini terlalu singkat
Malang jika kita penuhkan
Dengan sengketa dan airmata”

“Hidup tidak selalu indah
Kerana disitu terletak
Indahnya kehidupan”


actly kata-2 nie is from Ust Rujhan sendiri .

Sunday yang awesomeee :)

Olla , Assalamualaikum !
Ehehehe , I am sooo happy today !
Harini tak belajar pun . Rugi tau tak sape yg absent harini . Tersangat rugiii !
Sebab apa ? Sebabbbbbbb , harini ada ceramah from abg Airol Irwan .
K , dia sangat lah cool , awesome , sporting , mmg best ahh . Dia juga seorang yang kelakar . SANGAT kelakar actually . Hoho ^^
Dia bagi ceramah yg bertajuk 'Perisai Buat Puteri' .
K byk input and info yg kitorang , warga Semenza peroleh . Antaranya ttg cara-2 lelaki perosak nak kenakan mangsa dia . Mangsa dia ofcoz la women kan .
Yela , tak pernah lagi aku dgr mangsa rogol adalah lelaki . Lol .
Hmm , gitulahhhh . Banyak dia cerita and dia tunjuk demo . Sepanjang hari kitorang hanya mampu gelak , gelak and gelak . Yelaaa , dia kelakar tahap asdfghjkl kott ! Hahaha .
And I think la kan , dia punya trademark is  'Tipu Dosa Mati Seksa' . Haha , tu je la kott ayat yg perlu dia tuturkan utk buat pelajar-2 nih mengaku .
Hihi , so funny and soo comel ! Eh ? hahahaha .
Pelajar skool aku pon , aku rasa diorang sgt sporting eventhough kena ngaku diorang panggil apa kat pakwe diorang . Ada yg panggil 'sayang , bie , baby , darling and paling penting dan unik ialah ibu' . Lol , nama panggilan yang sangat cool bagi aku . Yelaaa , selalunya kan org panggil papa , mama . Tapi lain dgn kes senior aku nie . Pakwe dia panggil dia IBU . Hahahaha . Mmg ye la aku gelak kan ?
And then , he showed us some video yg agak sedih . Ada jugak video pasal dia and dlm video tu ada FAHRIN AHMAD ! Can you guys imagine macammana the girls respond ? The girls were screaming like crazy masa tgk video tu and idk why . Hihihi . Dia jugak ada cerita pasal seorang gadis yg termengandungkan anak pakwe dye . Then , bila dia dah beranak , dia kerat anak tu then dia BLEND ! SubhanAllah ! Korang boleh byg tak macam mana dia buat semua tu ? Mungkin first tanggapan korang terhadap perempuan tu adalah KEJAM . Mmg dye kejam sbb sanggup bunuh ank sendiri tetapi persoalannya , siapa yg mendorong benda mcm tu berlaku ? Ofcoz la lelaki tu kan ! So korang , better korang kawal diri korang elok-2 . Lagi-2 perempuan . Kalau ye pun nk couple , ada batas-2 nya . And then dia ada buat demo ttg cara lelaki buat sentuhan pertama . Okay time nie dia gunakan adik dia utk jadi perempuan . Adik dia lelaki , so terpaksalah ditukarkan namanya kepada  AMINAH . Lol , mmg aku ketawa mcm org gila lah . Bising satu laman info dgn gelak kitorang .
Hahaha , banyak la dia nasihat pasal lelaki-2 nie . Sangat bagus dan sangat berguna . Tq abg Airol Irwan for sudi bagi ceramah kat kami . Kami sangat appreciate semua tu ! Andandand , CONGRATS for your wedding ! Wahhh , tadi baru berura-ura nak propose . Alih-2 mama cakap abg da kahwin . Hihihi , just joking ! Nway , ceramah tadi mmg best la . SANGAT BEST ! Rasa macam nak dengar lagi je ceramah tu . And abg Airol , I will always remember this formula : CINTA + SERAH = GOODBYE BYE BYE .





Abg Airol is the one on the right side . Yg kiri tu Fahrin Ahmad k . Abaikan yg tgh tu . K jahat :b


So this is En Airol Irwan b. Limin . Tengok muka dia , ada iras Aaron Aziz tak ? Hihihi ^^



Gotta buy this book ! Perlu ! 

Saturday, February 23, 2013

Gila .


Hello , Assalamualaikum :)
Woaahhhh , blog aku da bersawang da rupenye . Cehh , mcm bangge je . Haha . Gila aku . Pagi-2 da merapu tak tentu pasal .Weyh , ngigau ke nie ? Puihhh .
Hahaha , actly aku laparr la . Anyone , please give me food ! I'm starving ! Cehh , macam la setahun tak makan . Kerek betul . Haha .
*dengar lagu Hindustan*
Korang , dgr tak aku tgh dengar lagu ape skrg nie ? Hahaha , bongok . K aku tgh dengar hindustan skrg nie . So ? K saja nak cakap my new hobby tuuuu . Cehh , kerek ah . Haha , aku tak tahu la knp dgn aku nie . Dari tadi duk ulang lagu hindustan yang sama . Penyakit ape ntah -.- Buang tebiat nak mati kut ? Ish , ke situ pulak aku fikir . Hmm tau takot ! Haha .
Cerita pasal mati nie , hmmm , cuak pulak aku . Yela , amalan aku da cukup ke nak masuk syurga ? Mana la tau bila timbang-2 nnt amalan jahat lagi byk ke ? Hmm , mohon Tuhan jauhkan . Aku takuttttt ! Ya Allah , ampunilah segala dosaku , dosa kedua ibu bapa ku , dosa ahli-2 keluargaku , dosa umat Islam di muka bumi ini . AminYaRabbalAlAmin .
Hmmmmmmmmmm , tak pasal cuak kejap . Tkpe , mmg kita kena selalu igt mati kan ? Mana la tahu lps ni tiba-2 innalillah ke , 10 minit lagi ke , esok ke , lusa ke , siapa tahu ? Allah je tahu .  Jadi , kenalah selalu ingat Allah . Jangan duk lalai ingat benda lain . Nnt solat tah kemana , belajar tah kemana .
Hmm . Hmm . Hmm . Back to the topic . Actly aku tgh memberontak nie ! Cehh , korang kesah ke ? Yelaa , duk rumah org . MENUMPANG . Siapa kata best ? Eh Sarah , rumah mk bapak kau tu bkn kau menumpang jugak ke ? Cettt , tu rumah mk bapak aku , lain laa . Ni rumah org lain . Rumah mak sedare aku . Nak buat apa pun susah . Rasa macam nak mengamuk je . Dah la kena share bilik . Biasa la kan kena share bilik ? Nama pun menumpang . Kau jgn nak buat mcm rumah sendiri Sarah ! Erghh , nie la yg buat aku rasa macam asdfghjkl . Nak buat apa pun payah , nak marah kat tuan rumah kan nnt kata tak sedar diri pulak . Hmm , saboo je la . Kadang tu ada jugak aku mengeluh . Tapi nak buat acane ? Doh nasib kan . Redoo je la . hahaha . Perlu ke aku cite sume nie ? Yupp , perlu sangat sebab cik hati nie da tk boleh nk tampung segala rasa nie . K terimakasih cik hati sbb bagi kerjasama . And now skrg nie semua da terluah . Puas dah cik hati ? TAK . Tak puas lagi . Okay , bilik da macam tempat tikus mondok beranak . Okay . Teruknya . Okay sebenarnya tkde la mcm tu . Aku org perempuan , takkan bilik sepah sampai mcm tu skali ? IMPOSSIBLE ! Boleh gila aku kalau bilik aku , eh bilik sepupu aku nie mcm tempat tikus mondok beranak . Seriously . *menguap*
Okey aku ngantuk .
Cehh , kerek betul . Aduiiii , aku sakit kaki laaa . Nie semua angkara merentas desa la nie . Habis sakit segala tulang-belulang aku . Ini prove org yg jarang berjoging . *buat peace sambil tayang muka comel* K comel sangat  -____- Haha . Andandand , nombor bertuah aku pada hari tu adalah .. Jeng jeng jeng : E554 . Haa , bertuah kan ? K bertuah sangat . Sebab tu la aku menang dlm merentas desa nie . Menanggung kekalahan . Okay . Hahahaha . Haa awak ! Cuba teka berapa km kitorang warga ZS kena lari ? Kalau betul , kita kasi coklat . Cett , gedik aku . Haha , kami lari 5 KM tau ! 5 KM ! Bukan 500 M ! Percaya tak ? Jauh kott . Karang ada jugak yang lari tak balik-2 . Bak kata Syakilla yg menunjukkan betapa jauhnya kitorang kena lari . Hahahaha . Bongok , nasib semua selamat balik . Tapi ada jugak yg pancit tgh jalan . Yg paling aku frust bila kena lalu ikut jalan lembu . Ya Allah , jalan dia teruk nak mati . Dengan tahi lembunya bersepah , da la busuk . Nasib baik budak yg pakai baju Cam tak kena kejar je dgn lembu tuu . K mmg tkleh byg la kalau ada yg betul2 kena kejar . Haha , mahu aku gelak tak igt dunia kott . Cikgu Zawawi pulak , tak habis-2 duk ulang-alik naik motor dia tu . Da la tak kasi org tumpang . Fish betul -.- Haha , mahu aku kena kutuk satu sekolah sebab membonceng dgn Cg Zawawi ! Lol , I can't imagine kalau benda tu betul terjadi . Silap hari bulan masuk surat khabar 'Cg Sekolah Merempit Bersama Anak Murid' . Haihh , mintak simpang ! HAHA . And Alhamdulillah , my face doesn't look like keling . Hihi , jahat aku . I mean , muka aku tak ada la berbelang . Cehh , aku taktau nk terang mcm mana . Uolss paham sendiri la yek ? Ehem , karang ada jugak yg dicop gedik nie .
Klaaaaaaa , tu je kot nak story . Nak sambung buat homework yg terbengkalai ni . Nie la contoh murid buat kerja last minute . hahahaha . Buat last minute pun , siap tau ! Jangan pandang aku takde mata ! Lols , k ah bye . Sayonara ~

Tuesday, January 29, 2013

Bicara Hati .

Haluuuuu , Assalamualaikum :*
Terima kasih sudi visit blog saya :)
Haa , da baca novel yg aku buat ? Blom siap lagi . Baru sampai bab 6 .
Hewhew , tau tak best kan ?
Tkpela , saja nak cuba .
hehehe . tadi petang ada latihan sukan kat skolah .
Kena buat lompat jauh ; lontar peluru and lari .
Okay , masa lompat jauh tu aku lompat mcm katak :b lol . Aku actly tak reti lompat jauh . Org-2 yg ringan and berkaki panjang je layak buat benda nie . Hihi .
And guys nak tau tak , masa aku lari tu , aku tak rasa penat langsung . Pelik bin ajaib kan ? Selalunya kalau aku lari , mesti semput tak cukup nafas tp harini tak jd mcm tu . Haha .

~w e i r d o ~

Hahaha . Masa nk solat Zohor , kitorang solat in class . Disebabkan kelas tak berapa nak bersih , aku ngan Syabira solat atas kerusi . Punya la bijak kami nie . Habis aku heret kerusi kwn2 aku utk solat . Hewhew , sangat unik kan ;)
Yelaa , aku ngaku . Dulu masa first time jumpa pelajar 1G 2012 , diorang semua tak awesome . Lol , sebenarnya awesome je tp masatu malu nk tunjukkan 'keawesome-man' kami . Hahaha .And noww , classmates aku semuanya AWESOME ! Betul la kata org , tak kenal maka tak cinta . Ecehhh . 
Hahahaha . 

Novel . Untitle . Bab 6 :]


"pss , Iman !" bisik seorang pelajar kelasnya . Iman bingung , siapakah yg memanggilnya itu ? "Pss , Iman ! Sini la . Ni aku , Zahid!" kata Zahid selepas menyedari Iman tidak dpt mengesan arah suaranya . "Erkk , ada apa?" jawab Iman perlahan . Takut didengari Puan Hanisah . Puan Hanisah paling tidak gemar apabila pelajarnya bercakap ketika di dalam kelasnya . "Ni , ada orang kasi surat ni kpd kau" balas Zahid . Dahi Iman berkerut . "Siapa?" soal Iman . "Nahh , kau ambil la surat ni , nnt kau akan tahu siapa yg bagi ." jawab Zahid . "Nahh ," "Okay , terima kasih" ucap Iman . Hati Iman mula tertanya-tanya siapakah si pengirim warkah misteri ini ? Otaknya mula menerawang ke tempat lain . "Iman , silakan jawab soalan ini" arah Puan Hanisah . Iman kelam-kabut . "Err , err , apa puan ?" soal Iman . "Aikk , saya tanya kamu , kamu tanya saya balik?" jawab Puan Hanisah geram . "Fikiran kamu ke mana ketika saya beri penerangan tadi ?" tengking Puan Hanisah . "Err , err" Iman hilang kata-kata . "Sudah , kamu keluar dari kelas saya skrg juga ! Saya paling pantang apabila saya sdg memberi penerangan ttp pelajarnya sdg membuat perkara lain" bebel Puan Hanisah . Iman ketap bibir . Afif cuba menolong ttp dia tak berdaya lalu dia hanya melihat sahaja Iman berlalu ke luar kelas . Mukanya kelat dan hanya memandang lantai . Mungkin geram dan kesal . Pelajar lain mula berbisik sesama sendiri . Itulah padahnya kalau tidak menumpukan perhatian semasa kelas Puan Hanisah , si 'singa betina kelaparan' . Gelaran itu mmg sudah wujud sejak Iman dan Afif pertama kali menjejakkan kaki di U itu . Puan Hanisah kembali menyambung penerangan . Semua pelajar fokus . Tidak berani utk bercakap .

Novel . Untitle. Bab 5 :]


"Kriinggg ! Kriiinggg ! Kriingggg ! " bunyi jam loceng milik Iman . "Ahh , bingitnya telinga aku ! Nak tidur pun tak boleh !" kata Iman seraya mematikan jam locengnya . Iman bangun sambil menenyeh matanya . "Ish , Puan Hanisah ni , knp la perlu buat kelas hujung-hujung minggu mcm ni ?" bebel Iman . Seperti biasa , Iman ialah salah seorang pelajar yg kurang rajin . Tetapi hairan , dia sering mendapat markah yg memuaskan setiap kali exam . Itulah kelebihan Iman . Walaupun perwatakannya agak kasar dan nakal tetapi dlm diam ada seorang jejaka yg menaruh hati padanya . Iman tidaklah cantik mana ttp disebabkan mulutnya yg agak kepoh dan suka bertanya , ramai yg menyenanginya .
"Hmm , Iman , Iman . Mesti bangun lambat lagi ni kan ?" serkap Afif . Iman tersengih . "Macam mana la kau nak jadi bini org nanti." kata Afif . "Amboi , yg kau terlebih risau ni kenapa ? Aku yg nak jadi bini , bukan kau" balas Iman . "Yela , aku cuma cakap je . Mana la tau aku yg jadi suami kau . Haihh , masak aku nk kejutkan kau setiap pagi." jawab Afif . "Alahh , perasan . Aku taknak pun jadi isteri kau" bidas Iman . "Ajal maut , jodoh pertemuan , semua di tangan Tuhan . Kau apa tahu ?" kata Afif sambil mengenyitkan mata . Hati Iman berdebar . "Ahh , boleh pulak dia main mata . Boleh cair aku mcm ni " kata hati kecil Iman . Sungguh benar , Afif mempunyai rupa paras yg menarik tetapi hanya Iman seorang yg menjadi teman rapat Afif . Entah mcm mana mereka berkenalan . Mungkin kebetulan . Ya , kebetulan . "Eh , jom la masuk kelas" ajak Iman apabila ternampak Puan Hanisah datang .