Tuesday, April 9, 2013

Novel . Untitle . Bab 9 :]


Setelah tamat kelas Prof Irwan , Iman mula menapak keluar dari dewan . Dia berjalan sendirian . Segala apa yang diterangkan Prof Irwan sekadar masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan . Dia tidak dapat fokus ! Ya , fikirannya menerawang ke tempat lain semasa Prof Irwan menyampaikan ilmu tadi . Entah apa yang difikirkannya pun dia tidak tahu . “Iman ! Iman ! Tunggu la aku!” terdengar satu jeritan menyeru namanya . Iman menoleh . “Yo ! Wazzup bro!” balas Iman kepada Afif . “Banyak lah kau punya wazzup ! Tadi baru jumpa !” jawab Afif . Iman tayang sengih kerang . Dia sememangnya senang dengan sikap Afif yang perangainya hanya Iman yang tahu . Ewahh , suka hati dia je . Ha ha ha . “Iman , kau buat apa tadi masa kelas Puan Hanisah ?” Afif memulakan bicara tika langkah kaki mereka menuju ke tasik universiti yang berdekatan . Mereka mula merapati satu bangku di kawasan itu . Pemandangannya cukup indah dan mendamaikan . Mereka duduk . “Tak ada apa-apa . Dah la , jangan tanya lagi soalan tu” kata Iman . Mereka kembali menyepi . Iman sedang ralit menyaksikan ikan-ikan di dalam tasik berenang dengan gembira di dalam air . Dia tersenyum . Tiba-tiba , ada seseorang menghulurkan ais krim di hadapan mukanya . Iman menyambut ais krim itu . “Thanks Afif , sejak bila kau pergi beli nie ?” tanya Iman. “Tadi . Kau tengah syok sangat berangan sebab tu tak sedar aku pergi beli ais krim ni” jawab Afif . “Eh , mana ada aku berangan !” marah Iman . “Elehh , ye la tu” sakat Afif . “Suka hati kau la !” Iman menarik muncung 4 depa . “Ololo , Cik Iman aku nie da merajuk ye ? Ololo” usik Afif lagi . Iman buat muka . “Alalala , sorry la Iman . Gurau je . Hehe” Suasana kembali sepi . “Anyway , mana kau tahu ais krim ni favourite aku ?” soal Iman memecah kesunyian . “Aku kan besties kau merangkap secret admirer kau” jawab Afif . “Hah ?! Apa dia ?” Iman membuntangkan mata . “Lek dulu Iman , aku gurau je lah !” Iman tersengih . Afif memang pantang disergah , cepat aje melatah . Padan muka , siapa suruh suka sangat sakat aku ? Hahaha . “Aku kan kawan baik kau . Dah 2 tahun kita kawan . Susah senang kita redah sama-sama . Semua habit , favourite and perangai kau aku tahu “ jawab Afif membetulkan jawapannya tadi . “Hmm , ambil berat jugak kau kat aku kan ? Ni buat aku sayang kau ni “ jawab Iman berseloroh sambil mencalitkan ais krim ke hidung Afif . Afif sempat mengelak dan dengan ini , perang ais krim bermula . “Hahaha , tengok muka kau ! Comot !” kata Iman . “Alahh , muka kau pun comot . Tengok baju aku , habis kotor ! Eee !” balas Afif lalu mencalitkan lagi sisa aiskrim ke muka Iman . “Afifff!!!” jerit Iman . “Hahaha , padan muka ! Kau yang start dulu kan ! Hahaha “ Iman mengesat mukanya dengan tisu yang sentiasa berada di dalam tas tangannya . “Eh , comot lagi la muka kau “ kata Afif . “Mana ? Ada lagi tak ?” tanya Iman sambil mengelap mukanya . “Kat sini la” kata Afif sambil tangannya membersihkan kotoran itu . Iman terkedu dan statik di tempatnya untuk beberapa saat . “Eh , sorry” pinta Afif . Sungguh dia tidak sengaja hendak melakukan begitu . Semuanya berlaku secara spontan . “Ehem , tkpe” jawab Iman yang tersipu malu . “Tapikan , kau nampak omel angatttt tadi” kata Afif meniru gaya Hairul Azreen , seorang pelakon yang diminati ramai . “Cehh ye ke ?” jawab Iman bangga . Mukanya kemerahan . “Thanks” ucapnya lagi . “Hahaha , aku gurau je la . Perasan !” balas Afif kembali . “Senget lah kau Fifff !” Iman mula menyinga . Afif sudah mula bergerak menjauhi  Iman kerana dia tahu kemarahan Iman akan meletus seperti gunung berapi lepas ni dan dia mungkin akan mendapat  ‘cubitan ketam’ daripada Iman yang sangat berbisa . “Hahahaha , bye Imanku sayang ! Aku balik dulu !” jerit Afif sambil ketawa . “Siaplah kau Afif !” balas Iman . Sisa tawa Afif masih kedengaran . Iman tidak mempedulikannya . Dia mengemas barang-barangnya dan bergerak meninggalkan tasik itu kerana waktu Maghrib sudah hampir tiba .

Novel . Untitle . Bab 8 :]


Langkah kaki Iman Rania berhayun laju menghentak lantai . Tergesa-gesa dia berjalan sehinggakan semua orang hendak dilanggarnya . Masalah apa lagi ? Oh , dia sudah lewat untuk ke kelas ! Sekali lagi Iman mencipta rekod lewat ke kelas . Sudah menjadi tabiatnya untuk hadir lewat ke kelas . “Ish , macam mana la aku boleh terlelap tadi ? Nasib baik la lepas ni masa Prof Irwan .” getus hati Iman . Sebenarnya dia hanya ingin melelapkan mata untuk beberapa minit saja tetapi entah macam mana boleh terbabas sampai 3 jam . “Zati pun satu , asal dia tak kejutkan aku tadi ? Ish !” getus hati Iman lagi . Salah sendiri tapi nak salahkan orang lain ? Itulah Iman Rania bt Zulhazami . Anak seorang usahawan terkenal di muka bumi Malaysia yang hartanya cukup untuk tujuh keturunan . Namun , berpura-pura sebagai orang sederhana na na na sahaja . Berpakaian pun ala biasa-biasa saja . Sungguh dia tidak suka menunjuk-nunjuk . Baginya , buat apa harta banyak kalau tak bahagia ? Ibunya sudah meninggal dunia manakala ayahnya pula sentiasa sibuk dengan kerjanya . Tambahan pula , ayahnya sekarang sedang mengenali seorang perempuan yang mungkin akan menjadi ibu tirinya . “Ahhhh “ fikiran Iman kusut memikirkan hal itu . Dia tidak suka jikalau tempat ibunya yang telah mencurahkan kasih sayang dan budi bakti kepadanya selama hampir 10 tahun digantikan dengan perempuan itu . “Hai Iman !” sapa seorang pelajar . Lamunannya terhenti . “Oh , hai !” jawab Iman tanpa memandang muka pelajar itu . Dia meluru laju masuk ke dalam Dewan .

Novel . Untitle . Bab 7 :]


"Aik , awalnya kau balik Iman ! Kata kelas habis pukul 10 pagi ?" soal Zati setelah melihat Iman bermalas-malasan di atas katil . "Ha ah . Mmg kelas habis pukul 10 pun . Tapi aku kena halau " jawab Iman . "Hah ? Kau kena halau ? Double what ?! Dengan Puan Hanisah ?" Zati terkejut . "Zu fefu . Yupp . Kena halau dgn Puan Hanisah si singa betina kelaparan." "Tapi kenapa?" Zati masih lagi tidak berpuas hati . Tadi semasa Iman pergi ke kelas , Zati dan kawan-kawannya yang lain telah keluar utk bersarapan pagi . "Sebab aku tak fokus katanya." jawab Iman . Bernada geram . "Laa , tak fokus knp pulak?" soal Zati lagi . Iman menayang-nayangkan surat yg diberi oleh Zahid tadi . Dahi Zati bercantum dua . Tidak mengerti  apa mksd Iman . "Apa maksud kau dgn surat ni?" tanya Zati . "Sebab surat ni la aku tak fokus." "Ermm , dari siapa surat tu?" "Ntah . Aku belum baca . Tak ada mood lepas kena halau dgn Puan Hanisah tadi . Zahid yg pass surat ni pada aku." terang Iman panjang lebar . "Ooh" jawab Zati mengerti . "Habistu bila kau nak baca surat tu ?" sambung Zati . "Tengokla nnt bila aku ada mood . Knp ? Kau nak tahu juga apa pengirimnya?" tanya Iman . Dia sudah faham benar dgn sikap Zati . "Hehehe" Zati tersengih .

Sunday, March 10, 2013

:'(

This ! Aku terjumpa nie and aku rasa patut share .


Kepala Dipenggal, Perut Terburai Antara Kekejaman Pengganas Sulu



Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya. 

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.



#Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka . Mereka mati syahid :') Sangat beruntung . Semoga Malaysia terus aman dan maju seperti sediakala . Let's raise our hand and pray for our country safety . Moga Allah terus lindungi kita . Aminnn . Takziah juga buat keluarga arwah-2 wira negara . Moga terus tabah ! And tentera Sulu , please stop buat perkara kejam nie . Kami rakyat Malaysia sangat berharap agar perkara ini cepat berakhir . 

Just sharing .

Assalamualaikum .
Before that , mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ust Rujhan b. Razali .
Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat (8/3/13) jam 1 tgh hari . Takziah buat keluarga arwah .
And tujuan aku buat post nie is just tp share some information and kata-2 yg mungkin boleh dijadikan pedoman buat kita .

“Kalau tak dapat apa yang kita suka
Sukalah apa yang kita dapat”
“Jangan sedih jika diri tidak dihargai,
Tapi menangislah jika diri tidak berharga lagi”

“Hidup ini terlalu singkat
Ia menjadi bertambah singkat
Bila kita banyak membuang masa”

“Hidup ini terlalu singkat
Malang jika kita penuhkan
Dengan sengketa dan airmata”

“Hidup tidak selalu indah
Kerana disitu terletak
Indahnya kehidupan”


actly kata-2 nie is from Ust Rujhan sendiri .

Sunday yang awesomeee :)

Olla , Assalamualaikum !
Ehehehe , I am sooo happy today !
Harini tak belajar pun . Rugi tau tak sape yg absent harini . Tersangat rugiii !
Sebab apa ? Sebabbbbbbb , harini ada ceramah from abg Airol Irwan .
K , dia sangat lah cool , awesome , sporting , mmg best ahh . Dia juga seorang yang kelakar . SANGAT kelakar actually . Hoho ^^
Dia bagi ceramah yg bertajuk 'Perisai Buat Puteri' .
K byk input and info yg kitorang , warga Semenza peroleh . Antaranya ttg cara-2 lelaki perosak nak kenakan mangsa dia . Mangsa dia ofcoz la women kan .
Yela , tak pernah lagi aku dgr mangsa rogol adalah lelaki . Lol .
Hmm , gitulahhhh . Banyak dia cerita and dia tunjuk demo . Sepanjang hari kitorang hanya mampu gelak , gelak and gelak . Yelaaa , dia kelakar tahap asdfghjkl kott ! Hahaha .
And I think la kan , dia punya trademark is  'Tipu Dosa Mati Seksa' . Haha , tu je la kott ayat yg perlu dia tuturkan utk buat pelajar-2 nih mengaku .
Hihi , so funny and soo comel ! Eh ? hahahaha .
Pelajar skool aku pon , aku rasa diorang sgt sporting eventhough kena ngaku diorang panggil apa kat pakwe diorang . Ada yg panggil 'sayang , bie , baby , darling and paling penting dan unik ialah ibu' . Lol , nama panggilan yang sangat cool bagi aku . Yelaaa , selalunya kan org panggil papa , mama . Tapi lain dgn kes senior aku nie . Pakwe dia panggil dia IBU . Hahahaha . Mmg ye la aku gelak kan ?
And then , he showed us some video yg agak sedih . Ada jugak video pasal dia and dlm video tu ada FAHRIN AHMAD ! Can you guys imagine macammana the girls respond ? The girls were screaming like crazy masa tgk video tu and idk why . Hihihi . Dia jugak ada cerita pasal seorang gadis yg termengandungkan anak pakwe dye . Then , bila dia dah beranak , dia kerat anak tu then dia BLEND ! SubhanAllah ! Korang boleh byg tak macam mana dia buat semua tu ? Mungkin first tanggapan korang terhadap perempuan tu adalah KEJAM . Mmg dye kejam sbb sanggup bunuh ank sendiri tetapi persoalannya , siapa yg mendorong benda mcm tu berlaku ? Ofcoz la lelaki tu kan ! So korang , better korang kawal diri korang elok-2 . Lagi-2 perempuan . Kalau ye pun nk couple , ada batas-2 nya . And then dia ada buat demo ttg cara lelaki buat sentuhan pertama . Okay time nie dia gunakan adik dia utk jadi perempuan . Adik dia lelaki , so terpaksalah ditukarkan namanya kepada  AMINAH . Lol , mmg aku ketawa mcm org gila lah . Bising satu laman info dgn gelak kitorang .
Hahaha , banyak la dia nasihat pasal lelaki-2 nie . Sangat bagus dan sangat berguna . Tq abg Airol Irwan for sudi bagi ceramah kat kami . Kami sangat appreciate semua tu ! Andandand , CONGRATS for your wedding ! Wahhh , tadi baru berura-ura nak propose . Alih-2 mama cakap abg da kahwin . Hihihi , just joking ! Nway , ceramah tadi mmg best la . SANGAT BEST ! Rasa macam nak dengar lagi je ceramah tu . And abg Airol , I will always remember this formula : CINTA + SERAH = GOODBYE BYE BYE .





Abg Airol is the one on the right side . Yg kiri tu Fahrin Ahmad k . Abaikan yg tgh tu . K jahat :b


So this is En Airol Irwan b. Limin . Tengok muka dia , ada iras Aaron Aziz tak ? Hihihi ^^



Gotta buy this book ! Perlu ! 

Saturday, February 23, 2013

Gila .


Hello , Assalamualaikum :)
Woaahhhh , blog aku da bersawang da rupenye . Cehh , mcm bangge je . Haha . Gila aku . Pagi-2 da merapu tak tentu pasal .Weyh , ngigau ke nie ? Puihhh .
Hahaha , actly aku laparr la . Anyone , please give me food ! I'm starving ! Cehh , macam la setahun tak makan . Kerek betul . Haha .
*dengar lagu Hindustan*
Korang , dgr tak aku tgh dengar lagu ape skrg nie ? Hahaha , bongok . K aku tgh dengar hindustan skrg nie . So ? K saja nak cakap my new hobby tuuuu . Cehh , kerek ah . Haha , aku tak tahu la knp dgn aku nie . Dari tadi duk ulang lagu hindustan yang sama . Penyakit ape ntah -.- Buang tebiat nak mati kut ? Ish , ke situ pulak aku fikir . Hmm tau takot ! Haha .
Cerita pasal mati nie , hmmm , cuak pulak aku . Yela , amalan aku da cukup ke nak masuk syurga ? Mana la tau bila timbang-2 nnt amalan jahat lagi byk ke ? Hmm , mohon Tuhan jauhkan . Aku takuttttt ! Ya Allah , ampunilah segala dosaku , dosa kedua ibu bapa ku , dosa ahli-2 keluargaku , dosa umat Islam di muka bumi ini . AminYaRabbalAlAmin .
Hmmmmmmmmmm , tak pasal cuak kejap . Tkpe , mmg kita kena selalu igt mati kan ? Mana la tahu lps ni tiba-2 innalillah ke , 10 minit lagi ke , esok ke , lusa ke , siapa tahu ? Allah je tahu .  Jadi , kenalah selalu ingat Allah . Jangan duk lalai ingat benda lain . Nnt solat tah kemana , belajar tah kemana .
Hmm . Hmm . Hmm . Back to the topic . Actly aku tgh memberontak nie ! Cehh , korang kesah ke ? Yelaa , duk rumah org . MENUMPANG . Siapa kata best ? Eh Sarah , rumah mk bapak kau tu bkn kau menumpang jugak ke ? Cettt , tu rumah mk bapak aku , lain laa . Ni rumah org lain . Rumah mak sedare aku . Nak buat apa pun susah . Rasa macam nak mengamuk je . Dah la kena share bilik . Biasa la kan kena share bilik ? Nama pun menumpang . Kau jgn nak buat mcm rumah sendiri Sarah ! Erghh , nie la yg buat aku rasa macam asdfghjkl . Nak buat apa pun payah , nak marah kat tuan rumah kan nnt kata tak sedar diri pulak . Hmm , saboo je la . Kadang tu ada jugak aku mengeluh . Tapi nak buat acane ? Doh nasib kan . Redoo je la . hahaha . Perlu ke aku cite sume nie ? Yupp , perlu sangat sebab cik hati nie da tk boleh nk tampung segala rasa nie . K terimakasih cik hati sbb bagi kerjasama . And now skrg nie semua da terluah . Puas dah cik hati ? TAK . Tak puas lagi . Okay , bilik da macam tempat tikus mondok beranak . Okay . Teruknya . Okay sebenarnya tkde la mcm tu . Aku org perempuan , takkan bilik sepah sampai mcm tu skali ? IMPOSSIBLE ! Boleh gila aku kalau bilik aku , eh bilik sepupu aku nie mcm tempat tikus mondok beranak . Seriously . *menguap*
Okey aku ngantuk .
Cehh , kerek betul . Aduiiii , aku sakit kaki laaa . Nie semua angkara merentas desa la nie . Habis sakit segala tulang-belulang aku . Ini prove org yg jarang berjoging . *buat peace sambil tayang muka comel* K comel sangat  -____- Haha . Andandand , nombor bertuah aku pada hari tu adalah .. Jeng jeng jeng : E554 . Haa , bertuah kan ? K bertuah sangat . Sebab tu la aku menang dlm merentas desa nie . Menanggung kekalahan . Okay . Hahahaha . Haa awak ! Cuba teka berapa km kitorang warga ZS kena lari ? Kalau betul , kita kasi coklat . Cett , gedik aku . Haha , kami lari 5 KM tau ! 5 KM ! Bukan 500 M ! Percaya tak ? Jauh kott . Karang ada jugak yang lari tak balik-2 . Bak kata Syakilla yg menunjukkan betapa jauhnya kitorang kena lari . Hahahaha . Bongok , nasib semua selamat balik . Tapi ada jugak yg pancit tgh jalan . Yg paling aku frust bila kena lalu ikut jalan lembu . Ya Allah , jalan dia teruk nak mati . Dengan tahi lembunya bersepah , da la busuk . Nasib baik budak yg pakai baju Cam tak kena kejar je dgn lembu tuu . K mmg tkleh byg la kalau ada yg betul2 kena kejar . Haha , mahu aku gelak tak igt dunia kott . Cikgu Zawawi pulak , tak habis-2 duk ulang-alik naik motor dia tu . Da la tak kasi org tumpang . Fish betul -.- Haha , mahu aku kena kutuk satu sekolah sebab membonceng dgn Cg Zawawi ! Lol , I can't imagine kalau benda tu betul terjadi . Silap hari bulan masuk surat khabar 'Cg Sekolah Merempit Bersama Anak Murid' . Haihh , mintak simpang ! HAHA . And Alhamdulillah , my face doesn't look like keling . Hihi , jahat aku . I mean , muka aku tak ada la berbelang . Cehh , aku taktau nk terang mcm mana . Uolss paham sendiri la yek ? Ehem , karang ada jugak yg dicop gedik nie .
Klaaaaaaa , tu je kot nak story . Nak sambung buat homework yg terbengkalai ni . Nie la contoh murid buat kerja last minute . hahahaha . Buat last minute pun , siap tau ! Jangan pandang aku takde mata ! Lols , k ah bye . Sayonara ~