Sunday, March 10, 2013

:'(

This ! Aku terjumpa nie and aku rasa patut share .


Kepala Dipenggal, Perut Terburai Antara Kekejaman Pengganas Sulu



Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya. 

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.



#Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka . Mereka mati syahid :') Sangat beruntung . Semoga Malaysia terus aman dan maju seperti sediakala . Let's raise our hand and pray for our country safety . Moga Allah terus lindungi kita . Aminnn . Takziah juga buat keluarga arwah-2 wira negara . Moga terus tabah ! And tentera Sulu , please stop buat perkara kejam nie . Kami rakyat Malaysia sangat berharap agar perkara ini cepat berakhir . 

Just sharing .

Assalamualaikum .
Before that , mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ust Rujhan b. Razali .
Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat (8/3/13) jam 1 tgh hari . Takziah buat keluarga arwah .
And tujuan aku buat post nie is just tp share some information and kata-2 yg mungkin boleh dijadikan pedoman buat kita .

“Kalau tak dapat apa yang kita suka
Sukalah apa yang kita dapat”
“Jangan sedih jika diri tidak dihargai,
Tapi menangislah jika diri tidak berharga lagi”

“Hidup ini terlalu singkat
Ia menjadi bertambah singkat
Bila kita banyak membuang masa”

“Hidup ini terlalu singkat
Malang jika kita penuhkan
Dengan sengketa dan airmata”

“Hidup tidak selalu indah
Kerana disitu terletak
Indahnya kehidupan”


actly kata-2 nie is from Ust Rujhan sendiri .

Sunday yang awesomeee :)

Olla , Assalamualaikum !
Ehehehe , I am sooo happy today !
Harini tak belajar pun . Rugi tau tak sape yg absent harini . Tersangat rugiii !
Sebab apa ? Sebabbbbbbb , harini ada ceramah from abg Airol Irwan .
K , dia sangat lah cool , awesome , sporting , mmg best ahh . Dia juga seorang yang kelakar . SANGAT kelakar actually . Hoho ^^
Dia bagi ceramah yg bertajuk 'Perisai Buat Puteri' .
K byk input and info yg kitorang , warga Semenza peroleh . Antaranya ttg cara-2 lelaki perosak nak kenakan mangsa dia . Mangsa dia ofcoz la women kan .
Yela , tak pernah lagi aku dgr mangsa rogol adalah lelaki . Lol .
Hmm , gitulahhhh . Banyak dia cerita and dia tunjuk demo . Sepanjang hari kitorang hanya mampu gelak , gelak and gelak . Yelaaa , dia kelakar tahap asdfghjkl kott ! Hahaha .
And I think la kan , dia punya trademark is  'Tipu Dosa Mati Seksa' . Haha , tu je la kott ayat yg perlu dia tuturkan utk buat pelajar-2 nih mengaku .
Hihi , so funny and soo comel ! Eh ? hahahaha .
Pelajar skool aku pon , aku rasa diorang sgt sporting eventhough kena ngaku diorang panggil apa kat pakwe diorang . Ada yg panggil 'sayang , bie , baby , darling and paling penting dan unik ialah ibu' . Lol , nama panggilan yang sangat cool bagi aku . Yelaaa , selalunya kan org panggil papa , mama . Tapi lain dgn kes senior aku nie . Pakwe dia panggil dia IBU . Hahahaha . Mmg ye la aku gelak kan ?
And then , he showed us some video yg agak sedih . Ada jugak video pasal dia and dlm video tu ada FAHRIN AHMAD ! Can you guys imagine macammana the girls respond ? The girls were screaming like crazy masa tgk video tu and idk why . Hihihi . Dia jugak ada cerita pasal seorang gadis yg termengandungkan anak pakwe dye . Then , bila dia dah beranak , dia kerat anak tu then dia BLEND ! SubhanAllah ! Korang boleh byg tak macam mana dia buat semua tu ? Mungkin first tanggapan korang terhadap perempuan tu adalah KEJAM . Mmg dye kejam sbb sanggup bunuh ank sendiri tetapi persoalannya , siapa yg mendorong benda mcm tu berlaku ? Ofcoz la lelaki tu kan ! So korang , better korang kawal diri korang elok-2 . Lagi-2 perempuan . Kalau ye pun nk couple , ada batas-2 nya . And then dia ada buat demo ttg cara lelaki buat sentuhan pertama . Okay time nie dia gunakan adik dia utk jadi perempuan . Adik dia lelaki , so terpaksalah ditukarkan namanya kepada  AMINAH . Lol , mmg aku ketawa mcm org gila lah . Bising satu laman info dgn gelak kitorang .
Hahaha , banyak la dia nasihat pasal lelaki-2 nie . Sangat bagus dan sangat berguna . Tq abg Airol Irwan for sudi bagi ceramah kat kami . Kami sangat appreciate semua tu ! Andandand , CONGRATS for your wedding ! Wahhh , tadi baru berura-ura nak propose . Alih-2 mama cakap abg da kahwin . Hihihi , just joking ! Nway , ceramah tadi mmg best la . SANGAT BEST ! Rasa macam nak dengar lagi je ceramah tu . And abg Airol , I will always remember this formula : CINTA + SERAH = GOODBYE BYE BYE .





Abg Airol is the one on the right side . Yg kiri tu Fahrin Ahmad k . Abaikan yg tgh tu . K jahat :b


So this is En Airol Irwan b. Limin . Tengok muka dia , ada iras Aaron Aziz tak ? Hihihi ^^



Gotta buy this book ! Perlu !